Saturday, July 11, 2009

bila buaya bertemu anak ikan

Salam semua..
Tajuk baru kali ini..
“bila buaya bertemu anak ikan”

Apakah perkara yang bermain di fikiran anda pabila anda terbaca tajuk blog aku kali ini?
Ini bukan cerita mengenai haiwan yang berkait, tetapi ia hanyalah gelaran semata-mata bagi kaum adam untuk buaya (bukan semua orang) dan juga bagi kaum hawa untuk ikan(bukan semua orang jugak)..

Sebenarnya hal ini telah lama hangat diperkatakan mengenai seorang lelaki ini yang pandai mengayat perempuan dengan menggunakan keistimewaannya iaitu wajahnya yang agak “cute” dan kereta sport yang agak mewah(tidaklah sampai merogol anak dara orang)..tetapi aku belum tahu cerita yang sahih mengenai lelaki tersebut sehinggalah ramai orang hangat menceritakan mengenainya..

Aku jugak tidak terlepas dari mengenali lelaki tersebut, tetapi aku sempat menyelamatkan diri aku dari ayat2 jiwangnya dan jugak menggunakan keistimewaanya untuk menarik aku untuk hanyut dengan beliau..HAHAHHAHAHA! Aku pernah mendapat pelawaan beliau yang mahu mengajak aku kleuar pada waktu malam(sem lepas), tetapi aku menolak pelawaannya kerana pada waktu itu aku membawa keluargaku bersiar2 di Bandar s.alam sehingga 12.30 malam, tetapi beliau bertegas juga mahu berjumpa dengan aku selepas jam itu.. Dek kerana mempunyai perasaan yang tidak sedap hati dengan “statement”nya itu, aku menolak juga pelawaanya dengan alasan aku letih..

Masuk sahaja semester baru ini, aku tidak melepaskan peluang menceritakan hal ini kepada rakan2ku, dan rakan2ku berkata “ bagus la ko xkuar dgn dia, dia tuh suka mengayat perempuan sampai perempuan tu tergila2kan dia..bila dia dh buhsan dgn perempuan tuh, dia tinggal ar n carik yang laen, kalo ko layan jugak confirm ko angau tahap &*^%! HAHAHAHAH..

Aku tidak percaya pada mulanya mengenai cerita rakan2ku itu sehinggalah aku nampak dengan mata aku sendiri ..

Baru2 ini aku dan rakan2 aku keluar pada waktu malam (pergi kunsert indie band –rtm)..setelah kunsert tuh selesai aku mengajak rakan2ku lepak di mcD seksyen 2..kerana pada waktu itu sudah lewat malam dan sudah tentu aku dan rakan2ku tidak wajib masuk kolej kediaman( kalau masuk jugak, kena tahan dan disoal siasat dowh)..hahhaha, setelah beberapa minit di mcD mata aku amatlah letih dan aku mengambil keputusan untuk check-in hotel uitm..masa aku di seven eleven (nk draw duit) aku terperasan yang ada seorang guy nih meng`usha` aku,pada mulanya aku tidak perasan yang guy meng`usha` aku tuh adalah subjek kepada topic yang aku ceritakan ini..

Sebelum itu, aku pernah mempelawa dia untuk pergi ke kunsert itu kerana rakan ku mempunyai pas lebih, tetapi beliau menolak kerana dia mempunyai hal lain pada malam tersebut.. Berbalik pada lelaki yang aku jumpa di seven eleven seksyen 2 itu adalah lelaki yang aku ceritakan dalam tajuk kali ini..aku menegur dia dan dia menegur aku balik, tetapi aku dapat melihat wajahnya yang agak cuak pabila aku melihat ada seorang perempuan di dalam keretanya..lalu beliau berkata :
“ sori ae, xdpt ikot u g kunsert td coz I ada hal”
semasa dia menjawab sebegitu, mata aku melihat wajah gadis tersebut lalu dia menyambung kata2nya kembali dalam keadaan tergagap-gagap :
“tuh kawan I, xlebih dr itu pun”..
Aku pun jawab la balik :
“perlu ke bagitau I siapa perempuan tuh?”

selepas itu, aku pun begerak ke hotel uitm dan chek-in..pada malam itu jugak aku sudah menjadi angau kerana memikirkan ejal vokalis grey sky morning yang agak comel ketika membuat kunsert indie band-rtm..love u ejal,miahhahaha